Pages

Wednesday, February 28, 2018

PELAN RUMAH BANGLO SETINGKAT DI PARIT BUNTAR


Assalamualikum dan salam sejahtera.

Dalam merekabentuk rumah banglo kehendak pemilik rumah banglo perlu difahami dengan jelas barulah mudah untuk diterjemahkan rekabentuk pelan rumah banglo itu.

Rumah banglo setingkat di Parit Buntar ini ringkas sahaja.

Kehendak pemilik : "Kami mahukan sebuah rumah yang ringkas dan teratur susunan ruangnya. Yang paling penting konsep pengasingan tetamu lelaki dan perempuan menjadi keutamaan kami sekeluarga. Ruang kami inginkan Bilik -4, Bilik air -3, ruang tamu lelaki & wanita, dapur & tempat sarapan serta teres untuk ke laman belakang".

Ringkasan Rekabentuk :
• Konsep : Tropikal
• Luas tanah/tapak lot : 97'(29.5m)' x 70'(21.3m).
• Anggaran kos binaan : RM 236, 000.
• Keluasan banglo : 1,870 kp + 380 kp (tempat letak kereta) = 2, 630 kp.
• Ruang disediakan : 2 tempat letak kereta, ruang tamu(lelaki) , ruang makan + ruang keluarga(ruang tamu perempuan), 4 bilik (termasuk bilik tamu), 3 bilik air, dapur + ruang sarapan serta teres.


Pelan rumah amat penting dibuat dahulu sebelum anda membina rumah. Ia dapat memudahkan mendapatkan harga kos bina  dan sebagai bahan rujukan semasa proses pembinaan.

No comments:

Post a Comment