Pages

Friday, June 29, 2012

8 PELAN RUMAH BANGLO SETINGKAT 3 BILIK


Berita baik bagi anda yang mempunyai tanah dan tiada modal untuk buat rumah. Rumah mesra rakyat dapat membantu anda mendapatkan rumah idaman bagi anda yang tinggal di Malaysia sahaja. Tunggu apa lagi rakyat Malaysia yang berkelayakan seperti di bawah mohonlah...skim ini jika anda layak..

Bayaran bulan rm250 sebulan selama 25 tahun atau ikut perjanjian. Bagi saya ianya amat murah dan berbaloi jika anda memperolehinya. Sewa rumah pun lebih mahal daripada bayaran ini.
RUMAH MESRA RAKYAT LATAR BELAKANG PROGRAM
TAKRIF PROGRAM

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, 
petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM RMR
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 65 tahun. (Pemohon umur melebihi 35 tahun perlu menyediakan penama kedua umur kurang daripada 35 tahun)
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada BSN.








Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat
di talian 1-300-80-3838 atau 03-26185555.
Sumber bahan SPNB.

No comments:

Post a Comment