Pages

Monday, March 29, 2010

TIP - 5 : Formula Kira Kos Anggaran Kasar Rumah Banglo Idaman Anda

Formula Asas Kiraan Kos Anggaran Kasar Rumah Banglo Idaman, bagaimana caranya?

1. Tentukan keluasan rumah banglo yang anda ingin bina. Contoh 1 : 40' (lebar) x 50'(panjang) = 2, 000kp (kaki persegi).

2. Harga pasaran atau kawasan tempat anda untuk bina banglo dalam 1 kaki persegi. Biasa untuk bina banglo anggaran kos bina sekaki minima RM80/100 ke atas :

a) RM80-100/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah teres.

b) RM100-120/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah semi-d.

c) RM 120-150/kp : kualiti dan kemasan seperti rumah banglo biasa.

d) RM 150/kp ke atas harga untuk banglo mewah.

3. Formula kira kos anggaran rumah banglo : (Luas kasar binaan rumah banglo) x (harga rm/kp) = Kos anggaran.

Contoh 1 : 2, 000kp (luas kasar banglo = 40'x50') x RM80/kp (harga sekaki) = RM 160, 000.00

Contoh 2 : 2, 400kp (luas kasar banglo = 40'x60') x RM100/kp (harga sekaki) = RM 240, 000.00

4. Harga sekaki persegi bergantung kepada faktor berikut :
  • Lokasi banglo di bina (di kampung atau di bandar).
  • Jenis kemasan, bahan binaan dan ketinggian banglo (kos 1 tingkat lebih murah daripada 2 tingkat banglo dengan kemasan dan keluasan yang sama).
  • Rekabentuk pelan dan fasad atau tampak(4 tampak) serta rekabentuk bumbungnya.
  • Tanah rata atau cerun.
  • Kontraktor yang dipilih.

Bagi mendapatkan harga kos anggaran yang lebih tepat, anda dinasihatkan mendapatkan kos anggaran daripada 3 kontraktor berdasarkan pelan rekabentuk rumah banglo idaman anda. Rujukan contoh jadual keluasan lantai dan kemasan di atas.

Kontraktor boleh memberikan kos anggaran berdasarkan jadual keluasan ini yang akan anda perolehi percuma jika tempah idea banglo idaman di Azli Design.


ANDA  MAHU KIRA KOS BINA RUMAH SENDIRI DALAM 15 MINIT ? 

Jom dapatkan EBOOK ini Sekarang!!

 Ebook "15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO"

oleh www.PelanBanglo.com

Ebook ini PERCUMA! Buat Masa ini . Cepat dapatkannya 

dengan 




1 comment: