1) Pelan tanah/tapak lot yang menunjukan keluasan tanah dan ukuran yang jelas. Ia penting untuk menentukan saiz sebenar rumah banglo yang boleh dibina pada tapak setelah ditolak anjakan rumah (hadapan 6.1m/20' + sisi/belakang 3m/10'). Anda boleh hantar melalui email / fax atau pos kepada kami.
Bagi pemilik tanah yang tiada pelan tanah/ukur (Tanah dikampung) cukup sekadar memberi maklumat ukuran kedudukan rumah yang akan dibina dalam meter / kaki seperti 18.2m x 27.4m (60' x 90').
2. Projek Brief rumah idaman dan keperluan ruang yang dikehendaki oleh anda sekeluarga : (Sebagai contoh)
- Pakej yang dipilih : Pakej A (1 Tingkat)
 - Bajet anda (jika anda)  : RM 150,000
 - Bilangan keluarga anda : 5 orang
 - Tempat letak kereta : 2 petak
 - Ruang : Ruang tamu & makan berasingan, keluarga, dapur basah & kering, yard, teres, lobi & setor.
 - Bilik : Bilik utama , 3 bilik + 1 utility/studio/mini office.
 - Bilik air: 3 bilik air ( 1 untuk bilik utama, 1 kongsi bilik 2+3, 1 untuk tetamu & bilik 4).
 - Konsep senibina pilihan (jika ada) : Moden tropika
 
Berdasarkan maklumat asas di atas , seseorang arkitek itu sudah boleh memulakan proses rekabentuk sebuah banglo.





No comments:
Post a Comment