dengan harga yang berpatutan terutama rumah teres yang harga rumah baru rm250K ke atas sekarang.
Dalam masa 3 bulan dah boleh duduk setelah semua proses selesai (urusan loan + pindah milik)..... tip beli rumah lelong :
1) Harga rumah - pastikan harga lelong tidak melebihi harga pasaran dikawasan rumah itu.
2) Keadaan rumah - Mesti pergi lihat sendiri keadaan rumah lelong itu .
Pastikan keadaan rumah baik atau rosak. Jika rosak dapatkan sebutharga untuk perbaiki drpd kontraktor sebelum nak beli / masuk lelong.
3) Jiran sekeliling - Paling penting . Pastikan anda selesa duduk dengan persekitaran jiran sedia ada.
4) Semak bil air + elektrik + Cukai pintu dan Indah Water (IWK)...biasanya bil tertunggak!!! Call syabas/ Tnb atau pihak berkenaan.
5) Loan Bank - Semak dahulu anda layak atau tidak untuk buat loan. Rumah lelong dikawasan itu bank terima untuk buat loan tak?
Jumlah loan yang bank akan berikan adalah berdasarkan harga pasaran.
6) Kos awal untuk beli rumah lelong - Sediakan 10% bank draf atas nama bank lelong.
Tak dapat dan tidak berjaya bank draf akan dikembalikan.
Kenaikkan harga semasa rumah dilelong tambahan harga 10% harga baru perlu dijelaskan selepas lelong.
7) Lain2 kos - perguam (perjanjian loan + tukar milik), pasang meter air + elektrik semula, kos ajen lelong (upah rm2K jika berjaya baru bayar - jimat jika buat sendiri).
8) Status rumah (hak milik kekal/99 tahun) atauk hak milik bumiputra.
Setelah percubaan kali kedua kami berjaya mendapat rumah teres setingkat 22' x 65' cuma RM70K dengan keadaan rumah yang baik...cuma pintu dalam aje yang rosak.
Bagi anda yang mahu membeli rumah LELONG SENDIRI tanpa AGEN boleh dapatkan panduan di bawah (sila KLIK) :
"KLIK SINI : SAYA NAK BELI RUMAH LELONG SENDIRI"
No comments:
Post a Comment