HARGA RUMAH MAHAL SEKARANG! ?
ANDA NAK CARI RUMAH MURAH IKUT BAJET ANDA ?
Assalamualaikum
dan selamat memiliki rumah sendiri.
Hari
ini Azli design mahu kongsi Rahsia Bagaimana Membeli Rumah ikut kemampuan anda.
MASIH ADA LAGI KE RUMAH MURAH ?
Gambar
Rumah Teres yang dibeli CUMA RM70Ribu
sahaja.
Siapa
kata tiada lagi harga rumah yang MURAH ? Masih ada walaupun di Selangor.
Semua
bergantung kepada anda yang mahu atau tidak. Beli rumah ini bukan macam beli
kereta. Bayar 7-9 tahun. Tetapi puluh tahun 20-30 tahun bergantung kepada
kelayakkan anda.
Jadi
sebaiknya beli ikut kemampuan anda dan STOP MENYEWA. Dah berpuluh tahun menyewa, asyik
kayakan orang. Tolong bayar rumah orang.
TUKAR BAYARAN SEWA RUMAH untuk ANDA BAYAR
RUMAH SENDIRI.
Sudah
tiba masanya anda memiliki RUMAH
SENDIRI.
Untuk
memiliki rumah sendiri yang murah anda perlu banyak berkorban masa dan tenaga.
Silap-silap anda kena pergi kerja berulang jauh berpuluh KM atau lebih 30-50km
mungkin. Ikut rezeki anda. Untuk Anda mendapat
harga rumah yang murah.
Rumah
yang Azli Design maksudkan RUMAH
LELONG!!!
Masih
ada yang MURAH!! Boleh dapat bawah RM50ribu. Rumah Apatment lah 3 bilik dalam
keluasan 600kp. Ikut lokasi yang ada ikut tempat. Antaranya Bukit Beruntung, Kajang,
Klang, masih banyak. Bukan di Selangor
aje, Penang, Negeri Sembilan, Perak. Kalau rumah teres yang murah ada lagi di
Lembah Beringin, korang boleh dapat dalam RM100k-150K ke bawah.Tengok rezeki.
Jangan
pilih rumah jika anda mahu rumah murah sekarang! Daripada menyewa sebulan
RM500-RM1000
x 10 tahun menyewa = RM60ribu – RM120ribu
anda kayakan orang.
Inilah
yang ramai tak tak pernah kira. Kesilapan anak muda, kerja terus beli kereta
yang nak tunjuk sama kawan. Kau ada… Biarlah susah sikit. Baru senang
dikemudian hari. Sebenarnya masa bujang pakai motor dah cukup. Beli rumah dulu
dari kereta. Lepas kahwin baru beli kereta.
Cuma
beli rumah lelong ini kena pakai modal sikitlah. Banyak ragam. Kena buat banyak
homework dan kajian. Pastikan beli ikut kemampuan bukan beli ikut suka.
8 Tip untuk beli
rumah rumah lelong :
1) Harga rumah -
pastikan harga lelong tidak melebihi harga pasaran dikawasan rumah itu.
2) Keadaan rumah -
Mesti pergi lihat sendiri keadaan rumah lelong itu .
Pastikan keadaan
rumah baik atau rosak. Jika rosak dapatkan sebutharga untuk perbaiki drpd
kontraktor sebelum nak beli / masuk lelong.
3) Jiran sekeliling -
Paling penting . Pastikan anda selesa duduk dengan persekitaran jiran sedia
ada.
4) Semak bil air +
elektrik + Cukai pintu dan Indah Water (IWK)...biasanya bil tertunggak!!! Call
syabas/ Tnb atau pihak berkenaan.
5) Loan Bank - Semak
dahulu anda layak atau tidak untuk buat loan. Rumah lelong dikawasan itu bank
terima untuk buat loan tak?
Jumlah loan yang bank
akan berikan adalah berdasarkan harga pasaran.
6) Kos awal untuk
beli rumah lelong - Sediakan 10% bank draf atas nama bank lelong.
Tak dapat dan
tidak berjaya bank draf akan
dikembalikan.
Kenaikkan harga
semasa rumah dilelong tambahan harga 10% harga baru perlu dijelaskan selepas
lelong.
7) Lain2 kos -
perguam (perjanjian loan + tukar milik), pasang meter air + elektrik semula,
kos agen lelong (upah RM2K jika berjaya baru bayar - jimat jika buat sendiri).
8)
Status rumah (hak milik kekal/99 tahun) atauk hak milik bumiputra.
Inilah
8 tip untuk anda pada hari ini.
Rumah Apartmen Kos Murah yang dilelong pada harga RM12.5K pada 8 Mar 2017
JIKA ANDA SERIUS NAK TAHU CARA & TEKNIK BELI SENDIRI RUMAH
LELONG dan mencari lubuk
rumah lelong anda boleh dapatkan :
EBOOK RAHSIA RUMAH
LELONG
Apakah
Isi Kandungan Ebook Ini?
Inilah
satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi
langkah bagaimana membeli rumah lelong dengan mudah dari A-Z. Termasuk lubuk laman web mana nak cari rumah lelong. Anda boleh beli tanpa guna agen. Sendiri macam kami buat.
Jangan lupa dapatkan Ebook Percuma!
10 KeSILAPan BESAR Yang Perlu Dielakkan!
Sebuah
ebook PERCUMA tentang "10 Kesilapan Dahsyat" yang sering dilakukan
oleh pembeli-pembeli rumah lelong, terutamanya mereka yang "baru" nak
beli rumah lelong! Dengan ebook ini, insyallah ianya dapat membantu anda
mengelakkan diri dari melakukan kesilapan-kesilapan tersebut dan seterusnya
menyelamatkan anda dari kehilangan berpuluh-puluh ribu ringgit. Sila klik link
dibawah untuk dapatkan ebook percuma ini.
Semoga
perkongsian tentang rumah lelong ini membantu anda memiliki rumah dengan harga
murah. Pilihan ditangan anda sendiri.