Pages

Sunday, February 8, 2015

"PELAN RUMAH BANGLO BOLEH DIBINA SECARA BEPERINGKAT”

       
      Ramai di antara anda yang ingin memiliki rumah banglo idaman tetapi bajet tak cukup untuk bina sekali gus. Jadi AZLI DESIGN berkongsi contoh PELAN RUMAH IDAMAN yang boleh dibina secara berperingkat. Perancangan keseluruhan tapak atau lot tanah banglo amat penting dengan memiliki pelan rumah banglo idaman anda dahulu. Walaupuan kita bina secara berperingkat, ia mesti mengambikira 6 faktor berikut :  
  1. Mengenal pasti ruang mana yang perlu dibina dahulu semasa pembinaan rumah idaman anda ikut pelan rumah yang telah dirancang termasuk penggunaan pada masa hadapan. 
  2. Pengunaan ruang yang diperlukan di rumah idaman anda yang disusun mengikut kehendak anda serta diletakkan pada lokasi yang betul. 
  3. Pengunaan tanah yang maksimum dan tidak membazir serta pelan rumah dirancang secara terperinci.
  4. Memastikan perletakkan rumah atau "setting out" yang betul sebelum membinanya mengikut pelan rumah idaman anda  yang telah dirancang.
  5. Memecahkan pelan rumah idaman anda kepada beberapa fasa pembinaan ikut bajet anda.
  6. Pastikan fasa pertama ruang penting ikut keperluan anda pada masa itu atau tempoh masa tertentu.


Berikut kami kongsikan contoh Pelan Rumah Banglo LD4 (klik ini) didapati didalam web www.pelanbanglo.com sebagai panduan untuk anda bina secara berikat mengikut keperluan semasa :  

Fasa 1 – Bina ruang tamu , ruang makan, dapur dan bilik utama serta 1bilik air dahulu (Baru kahwin atau anak kecil 2 orang).

Fasa 2 - Bina 3 bilik dan 1 bilik air bila anak2 dah besar dan bajet cukup.



Anda yang Berminat untuk lihat (klik ini)  Pelan Rumah Banglo LD4 sila  layari www.pelanbanglo.com atau www.BungalowPlan.com  bangi mendapatkan info lanjut.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda membina rumah secara berperingkat.

Azli Design