Pages

Tuesday, October 15, 2013

PELAN RUMAH BANGLO. SIAPA NAK RUMAH ANDA BINA SIAP DENGAN CANTIK & JIMAT MASA.

Salam Sejahtera. Selamat Memiliki Rumah Idaman.

Masih ramai yang belum tahu rupanya anda boleh memiliki pelan rumah banglo yang Murah dan Menjimatkan Masa anda tanpa perlu keluar Rumah. Bergitulah maklumat yang kami dapatkan dari www.pelanbanglo.com . Jika anda masih mencari pelan rumah dan idea dan terlalu berkita untuk keluar duit lebih atau tak mampu untuk dapatkan arkitek design rumah anda boleh lah dapatkan pelan Standard Rumah banglo di www.pelanbanglo.com. 

Pelan Banglo LD12 yang dijual di www.pelanbanglo.com

Ramai yang tidak tahu rupanya dah ramai orang yang telah berjaya bina rumah menggunakkan pelan yang dimiliki dilaman web www.pelanbanglo.com . Berikut adalah gambar rumah yang telah siap dibina mengunakan pelan dari www.pelanbanglo.com iaitu Pelan LD12.

Gambar Rumah LD12 yang telah siap dibina menggunakan pelan Rumah secara Online. 

Jadi Tunggu apa lagi dapatkan pelan-pelan rumah idaman anda secara online sekarang hanya di www.pelanbanglo.com dan Fesbuk mereka www.facebook.com/mypelanbanglo 


Semoga maklumat ini dapat membantu anda memilki rumah banglo idaman.




Tuesday, August 20, 2013

Tip Beli Rumah Untuk Orang Tak Berduit (POKET KERING) dan Tanpa MODAL.

Salam dan Selamat Hari Raya dari Azli Design.

Semoga anda sihat sentiasa. Baru - baru ini saya berjumpa dengan seorang
teman yg masih muda dan aktif dalam pelaburan hartanah.
Beliau menceritakan bagaimana beliau mendapatkan keuntungan
dalam dalam masa 3 tahun iaitu RM120 ribu bersih
setelah menjual salah satu rumah yg dibeli. Wah macam mana buat tu. 

"Tak Sia-sia beli buku ini semasa saya menghadiri
majlis berbuka puasa yang lepas bersama Jootawan ,
akhirnya saya berjaya membeli hartanah tanpa
MODAL pada bulan ini. Syukur" Azli Design

Terdetik hati ini ingin berkongsi ILMU tentang teknik membeli rumah
tanpa modal yang telah saya praktikan dan ianya berjaya dilakukan.
Syukur. Bagi anda yang ingin mengatahui Teknik beli rumah tanpa keluar duit anda 1 sen
 sila dapatkan buku ini "Pelaburan Hartanah Tanpa Modal" oleh Saufi Karim.
Terbaik terbaik dan puas hati dengan ilmu yg saya perolehi.
Kini saya telah berjaya memiliki hartanah SOHO di Shah Alam dengan
Nilai RM280K yang dibeli tanpa menggunakan modal atau bahasa mudah.
TIDAK guna duit saya langsung
. Syukur. 

Barulah saya tahu bagaimana orang boleh beli rumah dan hartanah dengan banyak dan
 tanpa keluar 1 sen duit kita. Dalam buku ini diajar dengan detail
apa yg harus kita buat. Saya doakan anda akan memiliki hartanah dengan tanpa MODAL.
 Apa yang saya lakukan adalah DAPATKAN ILMU
dahulu kemudian PRAKTIKAN ia PASTI BERJAYA. 

Sunday, May 19, 2013

MAHU PELAN BANGLO PERCUMA? Cepat Sertai Pertandingan "SLOGAN @ TAG LINE" untuk Pelanbanglo.com Sekarang.


Kami baru dihubungi dan terima email dari PelanBanglo.com menyatakan mereka ada membuat pertandingan dan hadiah percuma design rumah banglo anda...WOW...menarik. Untuk maklumat lanjut baca dibawah  :

Kami percaya semua orang impikan rumah idaman terutama rumah banglo. Tanamkan impian anda sekarang dengan menyertai pertandingan slogan ini bagi merealisasikan IMPIAN ANDA.  Hadiah utama percuma pelan rumah idaman pilihan anda.

1. Pertandingan mencipta "SLOGAN @ TAG LINE" bagi anda yang melayari  website www.PelanBanglo.com atau fesbuk : www.facebook.com /myPelanBanglo.  Contoh Slogan untuk memberikan anda idea :  Air Asia "Now Everyone Can Fly", Levi's " The Original Jeans", Domino's Pizza "Pizza in 30 minutes or Free" dan lain-lain.



2. Hadiah Pertandingan mencipta "SLOGAN @ TAG LINE" untuk  PelanBanglo.com adalah :

a) PERTAMA : Satu Pelan Banglo Pakej B (Anda boleh pilih rekabentuk sediada atau terbaharu dipaparkan di laman web www.pelanbanglo.com atau mengikut kehendak anda berdasarkan saiz lot 50'x 80' atau ikut lot tanah anda (rekabentuk secara online sahaja).

b) KEDUA : Satu Pelan Banglo Pakej B ( Anda boleh pilih rekabentuk sediaada pelan LD1 hingga LD30 di laman web www.pelanbanglo.com

c) KETIGA : Satu Pelan Banglo Pakej A (Anda boleh pilih rekabentuk sediada pelan LD1 hingga LD30 di laman web www.pelanbanglo.com.

3) Untuk menyertai pertandingan ini amat MUDAH. Anda hanya perlu menghantar penyertaan sama ada dengan melalui PM ke fesbuk www.facebook.com/mypelanbanglo atau email ke idea@pelanbanglo.com (Penyertaan yang tidak lengkap terbatal secara langsung) :

Tajuk Email : "Pertandingan "SLOGAN @ TAG LINE" Pelanbanglo.com "
a) Nama Penuh :
b) No Kad pengenalan atau passport :
c) Tarikh lahir dan umur :
d) Alamat email (pastikan betul) :
e) Alamat rumah / tempat tinggal :
f) No telephone / hp :
g) Cadangan Slogan Anda (Masimum 5 patah perkataan) untuk PelanBanglo.com :
    i) Bahasa  Inggeris  atau :
ii) Bahasa Malaysia :
h) Logo baru kami pilihan anda (Logo 1, Logo 2, Logo 3 atau Logo 4) :
i) Sila nyatakan banglo idaman anda :
i) Banglo setingkat , dua atau 3 tingkat  :
ii) Jumlah bilik  dan bilik air :
          iii) Jumlah petak tempat letak kereta (2 petak) :
iv) Lain-lain keperluan sila nyatakan :

4. Syarat-syarat peryertaan  Pertandingan "SLOGAN @ TAG LINE" untuk Pelanbanglo.com :
a) Tempoh peraduan  tamat 30 Jun 2013 jam 12 malam.
b) Umur 18 tahun ke atas terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia  dan di Asia. Anda boleh menghantar lima  "SLOGAN @ TAG LINE" dalam satu penyertaan sahaja. (Anda yang dibawah umur 18 tahun jika mahu menyertai pertandingan ini sila masuk menggunakan nama ibubapa anda. Dapatkan kebenaran mereka dahulu).
c) "SLOGAN @ TAG LINE" tidak boleh melebihi 5 patah perkataan. Lebih pendik lebih baik. Ia mesti UNIK dan mengambarkan pernigaan serta perkhidmatan kami. Ciptaan "SLOGAN @ TAG LINE" mestilah asli.
d) "SLOGAN @ TAG LINE" boleh dalam bahasa Inggeris  atau Malaysia (anda boleh hantar kedua-dua sekali).
e) Memilih satu logo baru kami sahaja (Logo 1, Logo 2, Logo 3 atau Logo 4) yang anda paling suka.
f) Menghantar maklumat lengkap seperti dikehendaki dalam perkara 2 diatas sebelum tarikh tamat.
g) Keputusan akan diumum pada  15 Julai 2013 melalui fesbuk page dan melalui email kepada para pemenang dan keputusan adalah muktamad.
h) Jika ada persamaan "SLOGAN @ TAG LINE" yang dikemukkan, penyertaan terawal yang kami terima sebagai penyertaan dalam pertandingan ini. Jadi, anda dinasihatkan supaya cepat PM dan emailkan kepada kami cadangan slogan terbaik dan unik untuk PelanBanglo.com.

5.  Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang menyertai pertandingan ini. Ia merupakan langkah awal untuk anda mencapai IMPIAN memiliki RUMAH BANGLO IDAMAN anda bersama keluarga tersayang. Kami dan anda sama-samalah kita mendoakan semua orang yang membaca dan yang menyertai pertandingan ini akan mendapat rumah idaman masing-masing dalam masa terdekat. Ameen.

Anda boleh edarkan atau sharing dengan teman-teman fesbuk berkaitan pertandingan ini?

Sekian, terima kasih.

Yang  benar,

www.PelanBanglo.com
www.Bungalowplan.com
www.facebook.com/mypelanbanglo

Semoga anda mendapat rumah idaman.

Friday, March 1, 2013

Pelan Rumah Melayu Tradisional. Apakah Kesitimewaannya?


Rekabentuk rumah Melayu tradiosinal amat mengkagumkan kerana ia direkabentuk dengan mengambil kira faktor bahan tempatan dan iklim setempat. Rumah yang sejuk dan mempunyai pengudaraan serta pencahayaan secara semulajadi. Mari sama-sama kita mengenali rekabentuk dan ciri-cirinya.


Pengenalan

Rumah merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat. Rumah Melayu dan pembinaannya menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang Melayu yang mendiaminya.

Perspektif & Lakaran Luar Rumah Melayu Tradiosional : sumber dari keriswarisan


                         Rumah Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina orang Melayu yang sangat bernilai dan telah direka bentuk serta dibina sehingga menampakkan betapa mahir dan kreatifnya bangsa Melayu dalam bidang seni bina.

       Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri.
Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/ nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.

            Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat.Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk ini kemudiannya berubah mengikut arus perubahan zaman.


Apakah 6 ciri-ciri Istimewa Rumah Melayu?



Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan

1. Bumbung
Rumah tradisional Melayu terdiri dari bumbung tetap, tetapi berubah kepada bentuk limas atau dipanggil’  Bumbung Belanda’ selepas kedatangan penjajah. Bumbung sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca panas tropika. Di sepanjang tepian hujung bumbung, dipasang cucur atap atau papan cantik berukir melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu.

2. Anjung
Anjung merupakan tempat berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita kebiasaannya di dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung rumah.
Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat, sehinggakan mereka dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Tambahan, ini bertujuan mengelakkan fitnah, di mana tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.

3. Ruang Utama/Rumah Ibu
Ruang utama ini dipanggil rumah ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Sesuai dengan nama ini, fungsinya adalah sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk beristirehat dan bersantai bersama-sama.

4. Bilik
Bilik merupakan ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Kebiasaannya anak lelaki dan perempuan akan diasingkan. Ini melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

5. Dapur
Dibatasi dinding antara ruang utama dengan dapur. Dapur sebagai tempat memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan, menandakan peranan perempuan di belakang lelaki.

6. Ukiran
Seni ukir banyak didapati di tangga, dinding beranda dan papan cucur atap. Ini membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni tersendiri. Ukiran yang dibuat bukan sahaja sebagai seni perhiasaan, malah menggalakkan pengaliran udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah.


Apakah 4 Faktor Mempengaruhi Pembinaan Rumah Melayu?

Keratan Rentas Rumah Melayu Tradisional : sumber dari keriswarisan

Pembinaan rumah Melayu dipengaruhi oleh 4 faktor utama di bawah : 

1. Cuaca
Faktor cuaca memainkan peranan dalam reka bentuk asas bangunan. Kekerapan hujan mengakibatkan reka bentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk mengelakkan banjir.
Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada reka bentuk yang lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, berandah dan tiang itu sendiri memberi laluan angin di bahagian bawah rumah.
Tidak cukup dengan itu, lubang angin di bahagian atas tingkap dan bumbung juga telah direka untuk keselesaan secara maksima.

2. Sumber Alam
Bahan binaan ialah kayu, rotan, akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Kayu menjadi tunjang kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia atau nipah menjadi dinding dan atap.

3. Budaya dan adat resam
Budaya dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi bangunan mengarah ke kiblat. Definisi ruang juga diatur dan diubah aras mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.

4. Pengaruh asing
Kehadiran penjajah Barat telah memberi alternatif baru kepada teknik seni bina Melayu. Sebagai contoh, zink dan atap genting telah mengambil alih atap rumbia dan kayu, bata dan simen telah mengambil tempat kayu sebagai tiang, tangga dan dinding, paku menggantikan pasak kayu dan akar sebagai penghubung atau pengikat.
Pengaruh ini boleh dilihat secara positif dan negatif oleh umum, iaitu pertembungan dua unsur iaitu praktikal dan seni.


Kesimpulan
Kreativiti minda bangsa Melayu yang diwarisi oleh tukang-tukang yang mahir telah menghasilkan reka bentuk seni bina yang bukan sahaja indah malahan halus dan kaya dengan falsafah yang tersirat tetapi mudah difahami. Tetapi sayang, tradisi ini tidak lagi dapat bertahan dalam arus pemodenan bangsa Melayu kerana amat sukar mendapati tukang yang mahir dewasa ini. 

Semoga maklumat kali ini dapat menambah ilmu dan idea rumah idaman anda. Ciri rumah ini boleh diadaptasikan pada rumah banglo idaman anda.

Sumber: malaysiana, scribd.com, keriswarisan.com dan arkib negara Malaysia.





Monday, February 18, 2013

Free Ebook : 2 Buah Ebook Percuma Berkaitan Pelan Rumah

Salam semua pelawat Azli Design.

Ada berita baik yang ingin kami kongsikan untuk anda.


Sila dapatkan 2 ebook percuma ini dengan klik disini 







Saturday, February 2, 2013

Pelan Rumah Banglo Idaman : Ebook Percuma Panduan Membeli Pelan Rumah Banglo Pertama Secara Online

Kami ingin memaklumkan maklumat terkini yang telah kami perolehi 

daripada www.pelanbanglo.com di mana sebuah ebook percuma  mereka 

telah dilancarkan  pada 18 Febuari 2013.


Ebook Percuma : Panduan Mudah Membeli Pelan Rumah Banglo Pertaman Anda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari  


dan daftar member login untuk down load percuma.



RUMAH IDAMAN : BUKU 2 - Panduan Mudah Membeli Rumah Pertama Anda

Harga rumah yang terlalu mahal sekarang mungkin akan membuatkan anda 

berhati-hati atau tercari cari cara terbaik untuk membeli dan memiliki rumah idaman.

Di sini kami ingin berkongsi buku yang telah kami baca dan 

amat berguna untuk anda yang ingin membeli rumah kali pertama sama ada

 rumah dari pemaju, dari orang persendirian atau rumah lelong.

Pelajari teknik-teknik mudah untuk memiliki rumah pertama anda 

dan cara untuk tinggal percuma. wah PERCUMA?



Buku ini baik untuk anda yang 

1) Belum beli rumah

2) Bercadang untuk beli rumah tetapi masih lagi belum mampu

3) Mempunyai rumah tetapi terbeban dengan bayaran bulanan.

4) Ingin mempelajari cara-cara mudah ubtuk memiliki rumah pertama.

5) Ingin mendapatkan tip-tip pembelian rumah.

6) Ingin mengetahi rahsia membeli rumah dan tinggal dengan PERCUMA.

7) Ingin mengetahui rahsia menjadi jutawan hartanah.

Untuk maklumat lanjut layari www.bookplanet.com.my


Rumah - Buku 1 Cara-Cara Langsaikan Pinjaman Rumah Dalam 5 Tahun

Kami ingin berkongi tentang buku yang akan memberikan anda

 cara-cara dan teknik untuk 



Melangsaikan PINJAMAN PERUMAHAN ANDA 

dalam TEMPOH 5 TAHUN atau kurang.

Buku jutawan hartanah Azizi Ali ini ada boleh 



Monday, January 28, 2013

EBOOK PERCUMA : 30 REKABENTUK RUMAH BANGLO UNTUK PILIHAN ANDA


Anda masih tercari-cari idea dan pelan rumah idaman 
untuk dibina pada tanah lot yang telah dibeli? 

Ada berita baik untuk anda semua bagi mendapatkan 
 Ebook Percuma  Koleksi

"30 Rekabentuk Banglo  Pilihan Anda "


Dapatkan segera ebook percuma ini hanya di


SEKARANG!!!

Semoga ebook percuma ini akan membantu anda 

mendapatkan idea dan konsep rumah idaman secara online.

Terima kasih kepada www.pelanbanglo.com di atas maklumat ini 
khas untuk anda pelawat Azli Design



Thursday, January 24, 2013

Rumah Percutian Modular Kayu Mengikut Keadaan Tapak Yang Kecil Dengan Bahan Binaan Yang Murah




Adakah ini Rumah Percutian Idaman Anda ?




Gambar Rumah 1 : Pandangan Rumah dari Depan.

Rekabentuk rumah yang ringkas dan mudah untuk dijaga dengan penggunaan dinding kayu yang direkabentuk oleh  Thommie Wilhelmsen. 
Ia mengambilkira menggunakan bahan yang murah, elan rumah yang ringkas dan praktikal dan tapak yang kecil untuk menjimatkan kos



Gambar Rumah 2 : Luaran Rumah.

Deck atau pelantar diluar yang separuh ditutup oleh bilik utama di tingkat atas. 
Pantry di atas deck yang direkabentuk sebahagian daripada tembok.



Gambar Rumah 3 : Ruang Dapur (Kitchen Area) Konsep Simple berwarna putih.

Rekabentuk  ruang dalaman (Interior Design)  yang moden dengan konsep warna putih . 
Pemilihan perabut yang moden disesuaikan dengan konsep warna putih. 



Gambar Rumah 4 : Ruang Tamu (Living Area) Konsep Simple berwarna putih.

Ruang tamu yang ringkas dan teratur.
 Kerusi digunakan untuk naik ke tempat tidur di bilik utama berkonsep terbuka.



Gambar Rumah 5 : Bilik utama dengan tingkap yang luas mengadap hutan.

Sumber gambar dan  untuk info selanjutnya : Rumah Modular

Sunday, January 13, 2013

PELAN RUMAH BANGLO SETINGKAT UNTUK LOT KECIL




Perspektif  pelan banglo LD29 (Banglo setingkat 3 bilik :
 Lot kecil  50' (lebar)  x 60' (panjang) :  Sumber :  www.pelanbanglo.com).

Pelan rumah banglo setingkat berkonsepkan rumah percutian yang anda boleh lihat di www.pelanbanglo.com bagi tanah lot rumah yang kecil minima 50' lebar x 60' panjang.

Berapakah saiz lot banglo minima tanah yang perlu anda beli? 

 Saiz minima tanah lot banglo adalah 50' lebar x 80'panjang  sebaiknya.
 Jalan susur atau masuk ke tapak dengan kelebaran 40' kaki minima. 
Walaubagaimanapun jika anda terbeli lot kecil daripada saiz minima ini,
 jangan kurang daripada 40' lebar  x 70' panjang atau 50' lebar x 60'panjang.
Pastikan Jalan Utama  masuk kereta dari arah LEBAR LOT.

Untuk maklumat lanjut sila  dan melihat contoh pelan banglo bagi saiz lot kecil sila klik di bawah


Semoga maklumat ini dapat membantu anda. Terima kasih kepada www.pelanbanglo.com di atas maklumat diberikan.