Pages

Saturday, December 10, 2011

NAK BINA RUMAH TAHUN DEPAN? TIADA PELAN RUMAH IDAMAN LAGI ? TIADA IDEA & KONSEP RUMAH LAGI? KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA


Selamat menyambut tahun baru 2012 tak lama lagi. Bagi anda yang ingin merancang membina rumah banglo pada tahun hadapan. Buat perancangan awal dan dapatkan pelan rumah idaman anda dari mereka yang pakar.

Kita buat rumah sekali seumur hidup, betulkan. Jadi kami nasihatkan anda keluar sedikit modal bagi mendapatkan idea yang terbaik bagi rumah idaman anda. Jangan rumah dah siap bina hati rasa masih tak puas kerana rumah yang siap tidak berfungsi dengan baik serta memenuhi citarasa 100%. Ramai di antara anda yang pandang remeh dalam aspek kepentingan mendapatkan pelan rumah dan rekabentuk rumah yang terbaik bagi anda sekeluarga. Ia juga bagi memastikan bajet kita cukup. Jangan sampai ditengah pembinaan rumah nanti kita tak cukup modal atau banyak sangat peubahan ketika pembinaan, bajet lari kerana kos tambahan yang melampau dikenakan kontaktor akibat perubahan ketika pembinaan. Jangan sampai anda jadi bergini.

Bagaimana untuk atasi masalah anda. Senang aje, apa yang anda perlu lakukkan sama ada anda mendapatkan perkhidmatan secara online(Azli Design) atau secara offline samada arkitek atau pereka part time. Fee mereka bergantung pada pengalaman dan kos pembinaan rumah anda. Jangan risau, sejajar dengan itu ada sebuah kedai pelan online yang dapat membantu anda mendapatkan Idea dan konsep rumah secara online 100% dengan harga berpatutan iaitu www.pelanbanglo.com


PelanBanglo.com baru melancarkan 4 Pakej Pelan Rumah Idaman bermula Disember 2011 untuk anda miliki dengan harga permulaan bagi banglo 3 bilik Pakej A cuma rm149 sahaja. Kami sempat menghubungi mereka, dalam email katanya PelanBanglo.com inginkan semua golongan peringkat mendapat idea pelan rumah terbaik daripada kedai mereka. Untuk melihat contoh Pakej Rumah idaman yang mereka tawarkan sila klik di bawah :

Pakej A (Pdf A4) : Laporan Rekabentuk Banglo saiz A4 (minima 10 m/s)
Pakej B (Pdf A4) : Laporan Rekabnetuk Banglo saiz A4 (minima 20 m/s)
Pakej C (Pdf A3) : Laporan Rekabnetuk Banglo saiz A3 (minima 20 m/s)
Pakej D (Cad/Dwg) : Pelan Rumah Banglo Dalam Format CAD/Dwg + Percuma 4 Perspektif.

Dengan pelancaran 4 pakej ini, ia akan dapat membantu anda semua untuk membina rumah banglo idaman pada tahun hadapan. Azli Design mengucapkkan terima kasih kepada semua pelawat dan pelanggan kami yang menyokong perkhidmatan rekabentuk secara online ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PelanBanglo.com kerana sudi bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan kami. Semoga kita sama-sama memberikan rekabentuk rumah banglo yang terbaik untuk setiap bakal pemilik rumah banglo di Malaysia.

Sunday, September 18, 2011

PELAN RUMAH BANGLO SETINGKAT SECARA ONLINE DI WWW.PELANBANGLO.COM

Pelan Rumah Banglo. Kenapa anda perlukan sebelum membina rumah. Jangan bina rumah tanpa pelan. Jika dah siap bina rumah bukan seperti dikehendaki menyesalpun tak guna lagi. Kebanyakan kita buat rumah sekali seumur hidup terutama rumah banglo. Jadi buat perancangan rapi sebelum membuat rumah. Dapatkan idea dan konsep rumah daripada mereka yang pakar membantu anda.

Ramai yang email pada Azli Design minta contoh pelan rumah. Bagi memenuhi kehendak pelawat kini anda boleh melihat contoh pelan rumah banglo secara percuma dengan melayari
www.pelanbanglo.com
yang pertama menjual pelan rumah banglo dalam bentuk Laporan Rekabentuk format PDF bersaiz A4 dan A3.
Untuk melihat contoh klik disini Laporan Rekabentuk.

Jadi layari web ini untuk melihat contoh pelan rumah idaman anda. Jika anda nak rekabentuk lain disediakan borang idea banglo untuk anda maklumkan idea yang diinginkan. Klik disini untuk Borang Idea Banglo Idaman . Kehadiran Pelan Banglo.com kedai pelan rumah online akan dapat membantu pemilik rumah banglo mendapatkan idea dan konsep rekabentuk awal rumah idaman secara online.

Monday, September 5, 2011

New Idea Home Security : IDEA RUMAH BANGLO PALING SELAMAT DENGAN REKABENTUK YANG PALING PRAKTIKAL

Kali ini kami paparkan istimewa untuk pelawat AZLI DESIGN

contoh rumah banglo yang moden yang direkabentuk dengan ciri - ciri keselamatan yang

canggih.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat saya yang telah mengirimkan

gambar - gambar rumah ini untuk tatapan kita bersama.


~ SA New Home Security ~

This is what We call contained security . . .





























The realization of impregnable home fortress

with extremely sturdy structure and walls of brass and iron.

It sets you free from terrorism, forced entry, break-in and so forth,

so you can sleep in peace.


Tuesday, May 17, 2011

Contoh Pelan Rumah Banglo Setingkat 5 bilik Konsep Resort

Ramai di antara anda mencari idea rumah idaman. Contoh pelan yang boleh dilihat secara PERCUMA!

Untuk melihat rekabentuk rumah idaman anda sila klik disini : Pelan Banglo-LD3



Saturday, April 16, 2011

Tip 8 : Rumah Idaman, 5 Faktor Penting Sebelum Membeli Rumah



Adakah Rumah Banglo, Rumah Idaman Anda?

Inikah rumah idaman anda........Banglo 1 atau 2 tingkat.

Ramai di antara kita mesti setuju rumah merupakan belian anda
paling mahal dalam hidup anda.

Oleh yamg demikan , perancangan perlu banyak difikirkan dan dilakukan dengan rapi :

  1. Membeli Rumah Idaman Mengikut Kemampuan Anda : Jangan membeli rumah idaman anda sehingga membebankan kita. Kerana bayaran bulanan untuk rumah selalunya lama sehingga berpuluh tahun. Jadi sebaiknya belilah rumah sebelum umur anda 30 tahun.
  2. Pilih Tempat Yang Sesuai : Pertimbang juga, rumah yang jauh dari tempat kerja untuk perbelanjaan yang banyak untuk petrol dan tol (kecuali anda boleh mengguna LRT atau Komuter) Adakah kos ini akan menjadi besar?
  3. Letakan Diri Anda 10-15 Tahun Akan Datang Dan Masa Hadapan : Sekiranya masih bujang, fikirkan adalah mudah sekiranya sudah berumahtangga dan mempunyai anak kelak? Mudah atau jauh untuk menghangtar anak ke sekolah (kos bas atau van) untuk bertahun-tahun. Pastikan dekat tak dengan klinik atau hospital untuk menghantar isteri bersalin dan rawatan kecemasan ketika kita atau keluarga sakit. Dekat dengan surau atau masjid, jumlah bilik diperlukan keluarga, siapakah jiran anda?
  4. Lokasi Rumah Idaman Dan Hartanah : Lokasi, lokasi , Lokasi adalah perkara kunci membeli hartanah atau rumah idaman. Adakah beli untuk tempat tinggal tetap atau untuk buat pelaburan pada masa akan datang. Tetapkan objektif belian rumah anda terlebih dahulu.
  5. Pilih Institusi Kewangan : Pilih Institusi kewangan yang paling bersesuaian dan membeli kadar pinjaman yang terbaik untuk keperluan anda. Jika anda kerja dengan kerajaan pastikan beli rumah seawal mungkin supaya bila pencen rumah telah habis dibayar. Luangkan masa sedikit untuk membuat kajian kadar pinjaman terbaik untuk anda.

Azli Design
mendoakan anda semua akan dapat memiliki rumah idaman anda untuk keluarga tersayang. Untuk melihat contoh rumah idaman klik disini : Contoh Pelan Rumah Idaman

Tuesday, April 5, 2011

Tip 7 - Nak Sewa Rumah Atau Beli Rumah Idaman Pertama?



Tip kali ini merupakan pengalaman saya sendiri. Mungkin ramai di antara anda yang masih belum memiliki rumah idaman sama ada rumah banglo, rumah teres, rumah berkembar, rumah bandar, apartmen atau terkini Rumah SOHO (Rumah Pejabat).

Jika anda yang tinggal atau bekerja di Kuala Lumpur atau bandar besar di Malaysia untuk memiliki rumah di kota atau berdekatan bandar sekarang adalah terlalu mahal harganya. Rumah apartmen pun rm300-400ribu seunit sekarang. Jadi apa yang harus anda buat jika anda belum memiliki rumah.

Bagi anda yang telah memiliki rumah idaman atau rumah pertama, taniah diucapkan dari kami. Bagi anda yang masih menyewa dan telah berkahwin buat perubahan dari sewa kepada rumah sendiri. Macam mana tu.


Idea : Tukar Kos Sewa Rumah Kepada Kos Bayaran Bulanan Rumah Pertama
Dengan Membeli Rumah Diluar Sedikit Dari Bandar Utama. Jika anda beli rumah di KL, anda
akan memiliki rumah apartmen dengan harga yang sama anda akan memikili rumah teres
jika membeli rumah diluar kawasan KL (bandar).


Tip tukar kos sewa rumah kepada bayaran bulanan rumah sendiri bagi rumah pertama. Tapi syaratnya sanggupkah anda berkorban untuk memiliki rumah diluar dari bandar atau jauh sedikit dari tempat kerja. Jika sanggup, ini tipnya. Katakan sewa rumah apartmen di KL/bandar dalam lingkungan RM800-1200 sebulan. Kos sewa ini anda tukar kepada bayaran bulanan ansuran rumah yang hendak dibeli di luar KL/bandar besar.

Mana anda hendak pilih, bayar sewa tiap-tiap bulan untuk kayakan tuan rumah atau bayar jumlah yang sama tiap-tiap bulan bayaran bulanan rumah yang akhirnya dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang rumah itu milik anda. Renung-renungkan. Kami mendoakan semoga anda semua akan dapat memiliki rumah idaman yang pertama.

Sunday, April 3, 2011

Rumah Kayu 2 Tingkat Berkonsep Moden Di Rengit

Baru-baru ini saya balik kampung. Semasa pergi pasar di Rengit,
siap beli kupang segar lagi... tiba-tiba keretaku berhenti kerana
ternampak rumah baru siap dibina. Bukan apa, suka dengan rekabentuk rumah ini.



Rumah kayu 2 tingkat berkonsepkan moden ini simple dan bercirikan
rumah kayu Melayu lama.


Ruang verandah di atas tempat letak kereta di tingkat atas
dihubungkan dengan tangga kayu. Rekabentuk tingkap bingkai luas
memberikan impak yang moden. Tips, Jika nak jimat kos buat rumah banglo kayu bergini,
beli kayu terpakai atau rumah kayu dikampung yang ditinggalkan
atau ingin dirobohkan. Saya suka rumah kayu kerana ia sejuk.

Siap Dah Rumah Banglo 2 Tingkat Di Peringgit

Syukur akhirnya siap juga rumah banglo 2 tingkat
yang telah direkabentuk oleh Azli Design.

Rumah ini berbentuk 'L' ini direkabentuk
moden tropikal dan bercirikan rumah melayu tradiosinal.


Pandangan Hadapan Rumah Banglo
.

Secara keseluruhan 95% rumah banglo ini dibina mengikut pelan asal.

Sedikit pertukaran di bahagian tempat letak kereta dan

tambahan sebuah lagi tangga di bahagian belakang.

Tangga berbentuk 'L'

Tangga yang berbentuk 'L' memberikan pandangan yang menarik
bila turun ke ruang tamu dari tingkat atas. Ruang tamu setinggi 18 kaki dan
berukuran 20' x 20' memberikan rumah nampak luas, mewah serta keselesaan pada tuan rumah sekeluarga.







Friday, February 4, 2011

IDEA PELAN RUMAH? PELANCARAN KEDAI PELAN-PELAN RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA

Kedai Maya Pertama di Malaysia Menjual
Pelan-Pelan
Rekabentuk Rumah
Banglo Idaman

Anda Secara Online

Cepat Dapatkan Idea Konsep Rumah Idaman Anda sekarang

hanya di

www. Pelan Banglo.com


Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU & PELUANG DESIGN BUNGALOW DI AZLI DESIGN

Salam Sejahtera & Selamat tahun baru 2011.

Dah setahun Azli Design secara Online.

Secara keseluruhan rakyat Malaysia sudah mula ke arah perkhidmatan design rumah secara online. Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada mereka yang telah mendapatkan perkhidmatan merekabentuk dengan kami. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pelawat Azli Design.

Selamat membina rumah banglo idaman anda di tahun 2011.