Pages

Saturday, November 27, 2010

Info 3 : Warisan Senibina Rumah-Rumah Tradisional Malaysia

Peta yang menunjukkan rekabentuk rumah- rumah tradisional di Semenanjung Malaysia.
Sumber UITM Measure Drawing.


Mungkin kita telah lupa pada yang lama. Biasalah lumrah semua insan. Baru-baru ini saya ke Kuala Pilah, banyak rumah-rumah tradiosinal yang cantik rekabentuknya terbiar sahaja. Sayang betul rasanya. Kalau dibaik pulih boleh dijadikan rumah percutian dan menjadi sumber pendapatan orang-orang kampung.

Walaubagaimana masih terdapat mereka yang mengambil berat tentang perkara ini. Peta rumah tradiosinal di atas adalah usaha UITM dalam memelihara Senibina Rumah Tradisional untuk tatapan generasi akan datang. Seperti di Melaka Bandar Sejarah, Rumah Mini Malaysia memperlihatkan rekabentuk rumah tradiosional untuk tatapan generasi akan datang atau mereka yang tinggal dalam rumah konkrit. Sejuk sebenarnya rumah kayu ni...berdasarkan kajian yang pernah saya lakukan dahulu. Peredaran udara semulajadi pada setiap ruang memberikan keselesaan penghuninya. Rumah ditinggikan dari lantai untuk pengudaraan serta keselamamatan dari binatang merbahaya serta banjir. Bahan binaan dari kayu juga menjadikan rumah lama ini sentiasa sejuk termasuk atap nipah.
Contoh Pelan Rumah Negeri Sembilan : Sumber UITM Measure Drawing.

Kajian Warisan Senibina UTM & UITM telah lama membuat dan menjalankan kajian lukisan terukur (Measured Drawing) yang dilakukan oleh pelajar-pelajar senibina bagi merekod bangunan lama di Malaysia harus dipuji dan diteruskan. Semoga usaha ini dikekalkan.

Saya dahulu tak ukur rumah tetapi Bangunan Stesen Keretapi Ipoh yang dibina pada tahun 1889 serta mempunyai lif kedua tertua di Malaysia. Dibina menggunakan tenaga buruh paksaan pada masa itu. 5 tahun proses membuat lukisan & rekabentuknya. Pada asalnya berfungsi sebagai hotel dan stesen keretapi.


Untuk maklumat lanjut dan melihat contoh-contoh pelan rumah tradisional sila layari dan
klik di sini : Building Conservation UITM



Bagi anda yang berminat untuk membeli buku berkaitan Rumah-Rumah Melayu Tradisional boleh
klik disini : Warisan Seni Bina Dunia Melayu Rumah-Rumah Tradisional - UTM



Thursday, November 11, 2010

Info 2 -Contoh & Idea : "Green Building "Rumah Banglo "BULUH" di Costa Rica

Info rekabentuk banglo kali ini lebih menarik kerana rumah banglo ini menggunakan bahan semulajadi "BULUH' sebagai bahan binaan dinding , struktur dan sebagainya. Terletak di dalam hutan di Costa Rica. Pelan rumah simple iaitu petak sahaja. Courtyard ditengah dengan 2 bumbung di kiri & kanan.

Pandangan banglo buluh ini di waktu malam.


Pandangan Ruang courtyard di tengah-tengah rumah.
Dinding dari buluh yang menjadikan rumah mendapat pengudaraan secara semulajadi.
Dinding ini sama konsep dengan tingkap lourver.

Pandangan dari pintu masuk utama.


Ruang dalamannya. Dinding buluh memberi pencahayaan dan pengudaraan secara semulajadi. Rumah ini pasti sejuk tak panas macam rumah-rumah kita di Malaysia.


Butiran pembinaan dinding buluh. Boleh di bina di Malaysia. Jimat...


Butiran pada siling sama konsep dengan dinding. Tengah bumbung terbuka untuk pencahayaan dan peredaran udara panas keluar.

Kesimpulannya, bagi anda yang tinggal di Pahang, Sarawak dan Sabah atau ada banyak pokok buluh ditempat anda bolehlah bina rumah rehat, percutian untuk keluarga menggunakan buluh. Jimat dan lebih selesa.

Dulu semasa saya berumur 10 tahun saya tolong bapa saya membina reban ayam daging menggunakan buluh (lantai & dinding) dan bumbung menggunakan atap meretam , tiang kayu dari pokok2 di hutan. Memang sejuk. Kini susah nak dapat buluh ditempat saya, musnah gara2 pembangunan yang tidak mengambilkira element semulajadi untuk tatapan generasi akan datang. Jangan sampai tiada buluh pula nanti bila dah dapat idea ini.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari : http://homedesigndecorating.com/unique-open-air-bamboo-house-design-with-a-moon-view-in-costa-rica/