Pages

Friday, February 19, 2010

Tip 4 : Pintu Pagar Rumah Banglo, Apa yang perlu ada?

Tip 4 : 8 Elemen yang perlu ada di kawasan pintu pagar utama rumah banglo anda :

  1. Tong sampah - Pastikan rekabentuk tempat tong sampah menarik dan sentiasa kelihatan bersih.
  2. Pintu Pagar Utama - Pilih samada jenis 'swing' atau 'sliding'. Pastikan saiznya mencukupi untuk kereta keluar masuk. Bila dibuka tidak terkeluar sampai jalan luar. Ketinggian & rekabentuk pagar ambil kira faktor keselamatan. Kekisi menegak digalakan kerana sukar dipanjat orang. Rekabentuk tiang dan pagar pastikan ada kaitan dengan pagar di sekeliling rumah banglo .
  3. Pintu Pagar Kecil - Sebagai laluan pejalan kaki atau tetamu. Perlu disediakan bagi mengurangkan anda membuka pagar utama jika tetamu datang serta faktor keselamatan.
  4. Meter Air & Elektrik - Kedua-dua mesti diletakan dikawasan pagar utama. Sediakan ruang khas berpintu kaca bagi memudahkan pihak TNB dan Syabas membaca meter dikunci serta mudah untuk penyelenggaraan kepada meter.
  5. Peti Surat - Kedudukan binaan tempat peti surat mestilah mudah bagi posmen memasukan rumah dari luar kawasan rumah banglo.
  6. Nombor Rumah - pastikan kedudukan nombor rumah banglo terang dan cukup besar supaya mudah dibaca.
  7. Jenis & Kedudukan Lampu - Ia mestilah mampu menerangi kawasan pintu pagar utama dan kedudukannya jangan sampai menyilaukan pandangan.
  8. Kedudukan Loceng - Ketinggiannya dapat dicapai mudah menekannya dan dilihat orang.

Sunday, February 7, 2010

Tip 3 : Anjakan Rumah Banglo / Bungalow Setback


Anjakan rumah banglo dari sempadan merupakan kehendak teknikal rekabentuk dan PBT.

Setiap rekabentuk rumah banglo mesti mematuhi anjakan ini untuk mendapatkan kelulusan dari PBT.

1. Anjakan hadapan(dari jalan) 20'(6.1m).
2. Anjakan tepi & belakang 10'(3.05m).
3. Anjakan tepi mengadap jalan 20'(6.1m).
4. Anjakan tiang tempat letak kereta dari sempadan 10'(3.05m).

Klik untuk paparan rajah 1 yang lebih jelas.

Tujuan anjakan ini adalah supaya kawasan perumahan tidak terlalu sempit dan nampak lebih selesa serta teratur. Ia juga bertujuan sebagai kawasan untuk menghalang sesuatu kebakaran rumah banglo dari merebak ke rumah lain (buffer zone).