Pages

Sunday, January 31, 2010

Tip 2 : Pelan Rumah Banglo, kenapa anda perlukan?



Tip 2
- Kepentingan pelan rumah banglo kepada:
  1. Pemilik rumah banglo : Bagi memastikan rekabentuk rumah yang akan dibina memenuhi citarasa dan bajet anda serta untuk dapatkan anggaran kos pembinaan dari kontraktor. Dapat mengurangkan kerja-kerja tambahan ketika pembinaan rumah untuk elakan kos tambahan.
  2. Kontraktor : Untuk kegunaan perjanjian kontrak dengan pemilik rumah, kira kos binaan rumah lebih tepat dan rujukan semasa pembinaan (paling penting).
  3. PBT : Meluluskan pelan rumah dan memastikan ia mengikut undang-undang PBT dan UKBS 1984.
  4. Bank : untuk kelulusan pinjaman dan perjanjian dengan bank (pelan rumah yang telah diluluskan oleh PBT).
  5. Konsultan : Bagi memohon kelulusan pelan bangunan dari PBT sebelum kerja-kerja di tapak dimulakan. Memastikan kerja-kerja pembinaan di tapak oleh kontraktor mengikut pelan asal yang telah diluluskan oleh PBT.

Contoh pelan banglo setingkat di Kuala Lipis
.
(Klik untuk paparan lebih jelas)

Sunday, January 24, 2010

BANGLO SETINGKAT DI KG SRI MAKMUR

Banglo setingkat (Pelan, Tampak & Perspektif ) di Kg. Sri Makmur.
(klik untuk imej lebih besar)

Kehendak pemilik : "Kami inginkan sebuah rumah banglo yang kecil untuk diduduki setelah pencen di kampung. Cukup sekadar 3 bilik dan 2 bilik air".

Ringkasan Rekabentuk :

  • Konsep : Tropikal
  • Luas Lot : 49' x 70'
  • Anggaran kos binaan : RM 70,000.
  • Keluasan banglo : 1,000 kp + 185 kp (tempat letak kereta) = 1, 185 kp.
  • Ruang disediakan : 1 tempat letak kereta, ruang tamu , ruang makan + ruang keluarga, 3 bilik , 2 bilik air, dan dapur berkonsep terbuka.
  • Perancangan ruang : Konsep terbuka untuk ruang tamu, keluarga dan dapur bagi keperluan semasa aktiviti kenduri dan sambutan hari raya. Rumah nampak lebih luas.
  • Kegunaan batu blok dapat menjimatkan kos pembinaan.


Tuesday, January 12, 2010

TIP 1 : SUSUNATUR PERABUT PADA PELAN LANTAI DAN KEPENTINGANNYA.


Contoh pelan lantai banglo dengan konsep susunatur perabutnya.

Tip 1 - kepentingan susuatur perabut (furniture layout) pada pelan lantai rumah anda.

Kenapa ia penting ?
  1. Paling penting memastikan setiap ruang yang disediakan mengikut kehendak anda berfungsi dengan baik sesuai dengan fungsi ruang tersebut.
  2. Perabut yang akan anda beli atau gunakan boleh muat pada setiap ruang.
  3. Memberi anda idea susunatur perabut rumah anda.
  4. Gambaran jelas idea dan konsep pelan rumah idaman anda.


Oleh itu,
pastikan setiap rumah yang anda akan beli atau
bina nanti ada pelan susunatur perabut yang berskala bagi memastikan
setiap ruang dalam rumah berfungsi dengan baik. Cukup luas dan tidak terlalu sempit
apabila dilengkapi perabut .


PAKEJ D : Pakej Rekabentuk & Lukisan Kerja (Working Drawing).


PAKEJ - D : Pakej Rekabentuk Banglo & Lukisan Kerja
(Working Drawing).

Pakej ini merupakan pakej tambahan untuk anda yang ingin membina rumah di kampung atau bandar. Ia gabungan proses rekabentuk banglo (rekabentuk skim/schematic design) dan lukisan kerja dalam satu pakej lengkap.

Keistimewaan Pakej D (perincian rekabentuk banglo) ini :
  • Ia termasuk perkhidmatan merekabentuk banglo & penyediaan lukisan kerja/binaan sekali (2 in 1) seperti contoh diatas.
  • Ia lebih lengkap dengan spesifikasi banglo & kemasan (lantai, dinding + siling), jadual jenis pintu & tingkap, susunatur perabut, sistem pembentungan dan air dan lain-lain.
  • Mudah untuk kontraktor membuat anggaran kos dan lebih tepat.
  • Lengkap dengan 4 tampak & minima 2 keratan banglo.
  • Percuma 1 set lukisan kerja bersaiz A3 ( hitam putih) seperti contoh di atas di pos kepada anda.
  • Boleh digunakan untuk pembinaan oleh kontraktor bagi lukisan arkitek.


Tawaran Pakej D
berakhir pada 31/12/2010.


Harap Maklum!!!


Soalan Lazim Berkaitan Idea Rekabentuk Banglo Secara Online?

Berikut adalah soalan-soalan yang kami terima melalui email:

1. Apa itu idea rekabentuk rumah banglo secara Online?

Perkhidmatan rekabentuk banglo idaman secara talian (online) sepenuhnya. Segala urusan menggunakan email dan skype untuk perbincangan dan pertanyaan semasa proses rekabentuk dijalankan. Penghantaran hasil rekabentuk dalam format jpej (soft copy) melalui email. Bagaimanapun, penggunaan sms melalui hp akan digunakan untuk memaklumkan sesuatu kepada anda jika perlu.

2. Apa itu Skype dan saya tak ada Skype?
Skype merupakan alat perhubungan secara online yang anda boleh gunakan untuk berhubung dengan sesiapa sahaja secara percuma di antara ahli skype. Percuma untuk pendaftaran. Boleh call free, chat dan perbincangan secara langsung (live) di mana anda berada.

2. Saya bukan orang Malaysia, boleh tempah juga idea rumah banglo idaman?
Boleh. Tempahan terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan idea rumah banglo idaman termasuk anda di luar Malaysia sama ada Indonesia, Brunei , Singapura dan lain-lain negara.

3. Boleh tak saya bayar kemudian dan buat tempahan dahulu?
Kami membolehkan anda membuat bayaran pendahuluan untuk tempahan dan baki setelah idea pelan dipersetujui oleh pihak tuan.Kami yakin anda akan mendapat idea terbaik untuk rumah banglo idaman anda dan sangat berbaloi dengan kos yang dikeluarkan.

4. Apa yang saya perolehi setelah buat tempahan dan bayaran?
Anda akan menerima idea rekabentuk rumah banglo idaman merupakan pelan rekabentuk Skim sahaja (Schematic Design Only) dalam format file jpej. Ia mengandungi pelan-pelan asas seperti pelan tapak, pelan lantai, pelan bumbung, 2 tampak, 1 keratan dan 2 perspektif luaran serta percuma jadual keluasan lantai serta kos anggaran banglo. Disusun sebagai sebuah laporan idea rekabentuk rumah banglo.

5. Saya tak ada printer boleh tolong print dan poskan?
Boleh, bayaran tambahan untuk cetak/print dalam saiz A3 disusun dan binding sebagai sebuah laporan rekabentuk banglo serta CD. Kami akan menggunakan perkhidmatan Pos Laju/berdaftar untuk proses penghantaran bagi di Malaysia. Bagi penghantaran di luar Malaysia caj penghantaran akan dikenakan ke atas pelanggan (akan dimaklumkan).

6. Adakah pelan dari idea rekabentuk rumah ini boleh digunakan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan oleh pihak berkuasa tempatan(PBT)?
Ia hanya pelan rekabentuk skim sahaja. Rekabentuk rumah banglo anda yang direka oleh kami mematuhi kehendak UKBS/UBBL (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984) dan kehendak asas PBT. Kami menasihatkan anda untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan supaya melantik arkitek profesional atau pelukis pelan berdaftar (bagi keluasan banglo kurang 3000 kaki persegi sahaja) yang berdaftar dengan PBT dikawasan anda.

7. Boleh guna pelan ini untuk buat pinjaman bank?
Untuk membuat pinjaman bank pelan rumah banglo anda mesti telah diluluskan oleh PBT dan perlantikan kontraktor telah dibuat serta kos pembinaan telah muktamad.

8. Boleh saya bina rumah dengan pelan yang diperolehi?
Bagi membina rumah anda mesti mengikut prosidur biasa dengan melantik arkitek profesional atau pelukis pelan berdaftar serta jurutera struktur untuk perkhidmatan seterusnya. Sebagai contoh, anda perlu mendapatkan kelulusan kebenaran merancang dan pelan bangunan oleh PBT sebelum memulakan kerja-kerja di tapak.

9. Boleh saya guna pelan ini untuk dapatkan kos anggaran daripada kontraktor?
Boleh kerana pelan kami lengkap dengan ukuran dan mempunyai jadual keluasan setiap ruang serta asas spesifikasi.

10. Apa itu file format DWG, penting ke saya dapatkannya?
Format DWG sangat penting dan merupakan file dalam bentuk 'soft copy' perisian AutoCad. Penting untuk anda berikan kepada arkitek profesional atau pelukis pelan berdaftar yang anda lantik bagi mempercepatkan dan memudahkan kerja-kerja diperingkat seterusnya seperti mendapatkan kelulusan pelan daripada PBT.

11. Berapa lama saya boleh dapatkan idea rekabentuk rumah banglo idaman?
Dalam masa 21-30 hari dari tarikh tempahan dibuat dengan maklumat projek/brief yang lengkap. Penghantaran melalui email laporan idea rekabentuk dalam format jpej setelah pengesahan pembayaran baki akhir dari anda diterima oleh pihak kami.

12. Boleh kami buat perubahan atau pindaan pelan rumah idaman?
Boleh semasa proses rekabentuk sahaja. Di mana kami akan emailkan pelan draf/lakaran idea rumah idaman untuk anda komen dan membuat persetujuan rekabentuk. Dengan ini anda akan mendapat 100% idea rumah idaman anda.

Untuk tempahan Pakej Idaman klik di sini http://azlidesign.blogspot.com/2010/01/3-pakej-tawaran-4-cara-tempahan-untuk.html

Maklumat Penting Diperlukan Selepas Tempahan Dibuat Untuk Proses Rekabentuk Dimulakan.

Maklumat penting yang diperlukan dari anda sebelum memulakan proses rekabentuk banglo idaman anda:

1) Pelan tanah/tapak lot yang menunjukan keluasan tanah dan ukuran yang jelas. Ia penting untuk menentukan saiz sebenar rumah banglo yang boleh dibina pada tapak setelah ditolak anjakan rumah (hadapan 6.1m/20' + sisi/belakang 3m/10'). Anda boleh hantar melalui email / fax atau pos kepada kami.

Bagi pemilik tanah yang tiada pelan tanah/ukur (Tanah dikampung) cukup sekadar memberi maklumat ukuran kedudukan rumah yang akan dibina dalam meter / kaki seperti 18.2m x 27.4m (60' x 90').

2. Projek Brief rumah idaman dan keperluan ruang yang dikehendaki oleh anda sekeluarga : (Sebagai contoh)
  • Pakej yang dipilih : Pakej A (1 Tingkat)
  • Bajet anda (jika anda) : RM 150,000
  • Bilangan keluarga anda : 5 orang
  • Tempat letak kereta : 2 petak
  • Ruang : Ruang tamu & makan berasingan, keluarga, dapur basah & kering, yard, teres, lobi & setor.
  • Bilik : Bilik utama , 3 bilik + 1 utility/studio/mini office.
  • Bilik air: 3 bilik air ( 1 untuk bilik utama, 1 kongsi bilik 2+3, 1 untuk tetamu & bilik 4).
  • Konsep senibina pilihan (jika ada) : Moden tropika

Berdasarkan maklumat asas di atas , seseorang arkitek itu sudah boleh memulakan proses rekabentuk sebuah banglo.






3 Pakej Tawaran & 4 Cara Tempahan Untuk Idea Rekabentuk Rumah Banglo Anda.




"TEMPAHAN DIBUKA SEMULA UNTUK SECARA ONLINE SAHAJA"

Tawaran Hebat!


Khas untuk 1 Malaysia dan lain-lain Negara.

3 Pakej untuk Idea Rekabentuk Rumah Banglo Anda:
Pakej (A) : Idea Rumah Banglo 1 tingkat : RM1,600 RM 1, 490


  • Pakej (B) : Idea Rumah Banglo 1 1/2 - 2 tingkat : RM2,600 RM2, 490
  • Pakej (C) : Idea Rumah Banglo 2 1/2 - 3 tingkat : RM3,600 RM3, 490
  • 100% anda mendapatkan idea dan konsep banglo idaman.
  • Dihantar melalui email anda dalam bentuk files jpeg / pdf.
  • Percuma pelan banglo idaman dalam bentuk files dwg (jika kami tidak dapat menyiapkan dalam tempoh ditetapkan).
  • Percuma kos anggaran banglo anda dan asas spesifikasi.
  • Percuma 2 perspektif luaran banglo anda.
  • Percuma 2 lakaran manual idea pelan berdasarkan tapak banglo anda untuk pilihan anda.
  • " Anda akan menerima idea rekabentuk rumah banglo idaman merupakan pelan rekabentuk Skim sahaja (Schematic Design Only) dalam format file jpej/pdf. Ia mengandungi pelan-pelan asas seperti pelan tapak, pelan lantai, pelan bumbung, 2 tampak, 1 keratan dan 2 perspektif luaran serta percuma jadual keluasan lantai serta kos anggaran banglo. Disusun sebagai sebuah laporan idea rekabentuk rumah banglo"

    Anda boleh membuat bayaran pendahuluan untuk membuat tempahan bagi memulakan kerja , setelah anda bersetuju dengan syarat-syarat perkhidmatan dan fee keseluruhan kami yang akan di email untuk ditandatangani oleh pihak tuan . Baki bayaran dibayar setelah idea rekabentuk disiapkan dan dipersetujui oleh anda seperti berikut :
    • Pakej (A) : Pendahuluan RM 990 + baki RM 550 = RM 1, 490
    • Pakej (B) : Pendahuluan RM 1, 600 + baki RM 830 = RM2, 490
    • Pakej (C) : Pendahuluan RM 2, 330 + baki RM 1, 160 = RM3, 490
    Nota : Penghantaran melalui email laporan idea rekabentuk dalam format jpej setelah pengesahan pembayaran baki akhir dari anda diterima oleh pihak kami.


    Tempoh rekabentuk disiapkan adalah dalam masa 6 minggu dari bayaran tempahan (pendahuluan) dijelaskan dan diterima oleh pihak kami dengan maklumat lengkap projek (brief + saiz/ ukuran tapak) untuk proses rekabentuk dilaksanakan.

    Berikut adalah 4 FASA proses rekabentuk banglo secara online dilaksanakan :

    a) FASA 1 : KONSEP ASAS PERANCANGAN TAPAK & RUANG : 2 option lakaran idea (plan) berdasarkan tapak + kehendak (projek brief) ruang rumah banglo tuan diemail untuk persetujuan tuan (2 kali perubahan kecil pada pelan -30%).

    b) FASA 2 : PERINCIAN PELAN BANGLO & LUAS SERTA KONSEP FASAD/TAMPAK : Pelan dilukis guna komputer berdasarkan pelan yang telah dipersetujui + imej-imej luaran (fasad /tampak ) untuk persetujaun tuan ( 2 kali perubahan kecil pada pelan - 30% ). Persetujuan muktamat pelan dan keluasan banglo serta konsep fasad.

    c) FASA 3 : REKABENTUK FASAD LUARAN : Fasad berdasarkan pelan yang telah dipersetujui dalam bentuk 2D dan 3D (perspektif) . Diemail untuk persetujuan tuan.
    Persetujuan muktamat konsep fasad oleh pihak tuan.

    d) FASA 4 : PERSEDIAN LAPORAN REKABENTUK AKHIR DALAM BENTUK (jpeg/pdf) : Persediaan akhir semua lukisan mengikut pakej. Email lukisan akhir (draf). Bayar baki tempahan pakej diterima dan pihak kami akan emailkan semua lukisan dalam bentuk jpej/pdf files a4 / a3 size.




    Harga Tawaran Istimewa
    Cepat Tempah Sekarang!!!




    4 Cara bayaran untuk tempahan Pakej A, B atau C :
    • Bank-in tunai mengikut harga Pakej dipilih ke salah satu akaun bank kami .
    • Bank-in tunai mengikut harga Pakej dipilih melalui online banking.


    • Hantar Cek mengikut harga Pakej dipilih melalui pos .
    • Hantar wang pos mengikut harga Pakej melalui pejabat pos (Wang Pos - Pos Malaysia)

    LANGKAH 1 : Sebelum pembayaran dibuat, sila e-mailkan kepada azlidesign@gmail.com terlebih dahulu, dengan cara ini sekurang-kurangnya anda yakin bahawa anda sedang berurusniaga dengan kami dengan cara kami membalas e-mail anda.


    Maklumat Untuk Membuat Bayaran Kepada Kami :

    Untuk maklumat bayaran sila emailkan kepada
    azlidesign@gmail.com

    LANGKAH 2 :
    S
    elepas membuat bayaran emailkan kepada kami
    bank-in slip /transasi bank anda bersama maklumat berikut :
    • Nama anda :
    • Alamat surat menyurat :
    • Alamat E-Mail anda :
    • Nombor telefon: Rumah dan Telefon bimbit
    • Pakej yang dipilih : A(1Tingkat) / B(2 Tingkat) /C (Tiga Tingkat).
    • Jumlah bayaran + maklumat (bank/tarikh/masa/tempat) :
    • Lokasi Tapak Banglo :
    • Butiran tapak : Ukuran saiz tapak (kalau boleh email/faxkan pelan tanah pada geran jika ada) jika tidak nyatakan saiz banglo yang diperlukan (Tanah di kampung = 40' x 60').
    • Kehendak Brief : (Contoh -4 bilik tidur, 3 bilik air, dapur, bilik maid, lain-lain ruang dan 2 petak tempak letak kereta).
    • Kos anggaran tuan jika ada :
    • Konsep Senibina : jika ada (Tropikal, Bali, Tradiosinal, Klasikal, Moden dan lain-lain).
    • Gambar tapak : Jika ada.
    • Lain-lain perkara :

    Hantarkan maklumat di atas ke email kami : azlidesign@gmail.com .
    Kami akan menghubungi anda dalam masa 48 jam sejurus selepas menerima bayaran tersebut melalui email.













    Cara menghubungi kami :

    E-mail : azlidesign@gmail.com

    Skype : azlidesign


    Nota: Untuk hubungi kami melalui SKYPE :

    1. Anda boleh 'down load skype' dan daftar percuma. Klik disini : http://www.skype.com/intl/en/download/skype/windows/
    2. Kemudian 'add new contact' azlidesign atau guna alamat email :azlidesign@gmail.com.
    3. Anda boleh menghubungi kami melalui skype untuk sebarang pertayaan berkaitan idea rumah idaman atau lain2 perkara berkaitan rumah banglo.
    4. Untuk pengetahuan anda skype akan digunakan sepenuhnya dalam urusan rekabentuk rumah idaman secara online. Ia amat berkesan. Bagi perbincangan secara live dengan pereka rumah anda.



    Monday, January 4, 2010

    Dapatkan Idea Rekabentuk Rumah Idaman Anda Secara Online.

    Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera.

    Terima kasih kerana sudi melawat blog ini " Idea Rekabentuk Rumah Idaman Anda Secara Online " .

    Selamat tahun 2010 yang akan memberi seribu Idea buat kita semua dalam urusan seharian.

    Lakaran Idea Rumah
    : Rumah Banglo Dr. Alashari di Bukit Baru, Melaka.


    Semua orang mempunyai impian dan cita-cita untuk memiliki rumah banglo. Rumah banglo juga dipanggil rumah sesebuah . Tetapi bagi saya rumah dikampung juga merupakan rumah banglo. Rumah sesebuah tidak dikira sama ada besar atau kecil. Paling penting kita selesa mendiaminya seisi keluarga. Hidup bergembira aman dan tenang.

    Idea amat penting dalam mencipta sesuatu termasuk merekabentuk rumah. Lakaran awal seseorang pereka itu membezakan konsep keseluruhan banglo idaman berdasarkan kehendak pemiliknya.

    Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi pengalaman selama 10 tahun azli dalam merekabentuk rumah dan bangunan. Azli design ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan rekabentuk rumah idaman secara maya (0nline) kepada setiap bakal pemilik rumah di mana sahaja. Setelah mengambil kira faktor keberkesanan dan kejayaan dalam menjalankan kerja merekabentuk rumah secara online dengan beberapa pemilik rumah di Malaysia.

    Perkhidmatan merekabentuk secara Online Pertama Di Malaysia yang akan memberikan peluang kepada bakal pemilik rumah di kampung atau dibandar mendapatkan idea rumah mereka daripada arkitek rekabentuk (design architect) yang berpengalaman dengan hanya berurusan secara online. Jimat masa dan tenaga. Hanya membuat tempahan di hujung jari anda, Zaman berubah dan cara mendapatkan idea rumah juga berubah.

    Semoga blog ini dapat membantu dan menjadi rujukan setiap pemilik rumah banglo dalam mencari idea dan maklumat berkaitan membina rumah idaman.