DEKORASI BAJET

RAHSIA RUMAH LELONG

PANDUAN URUS HOMESTAY ANDA

RAHSIA BISNES SHOPEE

TEKNIK WECHAT

Search This Blog

Wednesday, April 28, 2010

TIP 6 : Tahukah Anda? Saiz Dan Ukuran Minimum Untuk Setiap Bilik Rumah Banglo.



Rajah Tip 6 : Keluasan dan ukuran minima bilik-bilik rumah banglo (Klik untuk paparan lebih jelas).

  1. Tip kali ini merupakan maklumat asas bagi anda memastikan setiap bilik-bilik yang disediakan di dalam rumah banglo yang telah direkabentuk mematuhi kehendak UKBS 1984 (Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984).
  2. Bilik kediaman ertinya sesuatu bilik yang luasnya tidak kurang daripada 6.5 m/p @67 kp tetapi tidak termasuk bilik mandi, jamban pam, beranda terbuka, laman atau garaj.
  3. Pastikan setiap bilik rumah banglo anda, keluasanya tidak kurang daripada luas berikut (UKBS 42(1) :
  • Bilik Utama = 11.0 mp / 119 kp.
  • Bilik 2 = 9.3 mp / 100 kp.
  • Bilik 3 = 6.5 mp / 67 kp.
  • Jika kurang daripada 6.5mp/67kp ia tidak dikira sebagai bilik kediaman. Ia dikira sebagai setor atau ruang utiliti.
  • Ukuran lebar dan tinggi bilik tidak boleh kurang daripada 2 m / 7' (lebar) dan 2.5m / 8' (tinggi) mengikut UKBS 42(2) dan 43(1-a).
  • Ukuran dan saiz minima bilik-bilik ini bagi memastikan setiap bilik boleh memuatkan perabut dan selesa digunakan rujuk rajah tip 6.
  • Semoga tip kali ini dapat membantu anda dalam memiliki saiz bilik-bilik rumah banglo idaman yang praktikal, selesa dan mengikut kehendak UKBS 1984 serta senang memperolehi kelulusan pelan bangunan oleh PBT berkaitan.




Sunday, April 25, 2010

Contoh Pembinaan Rumah / Kebuk Sampah (Refuse Chamber) Untuk Rumah Banglo

Baru-baru ini, saya bertemu sepasang pemilik rumah yang ingin membeli tong sampah untuk diletakan di kebuk sampah rumah banglo barunya.

Masalahnya, saiz kebuk sampah yang dibina terlalu kecil untuk memuatkan saiz yang diperlukan mereka. Saya kata beli saiz yang boleh dimasukkan pada kebuk sampah mereka atau bina semula ikut saiz yang dikehendaki.

Paduan dibawah ini dapat membantu anda semua untuk membina kebuk sampah untuk rumah anda .

Kebuk Sampah adalah keperluan bagi setiap rumah banglo yang perlu disediakan untuk ruang sementara pengumpulan sisa sampah harian sebelum dikutip oleh lori sampah.

Ia mesti direkabentuk dan dibina supaya boleh memuatkan tong sampah dikehendaki oleh PBT atau saiz minima kegunaan seisi keluarga 120 liter.

Berikut adalah syarat-syarat rekabentuk kebuk sampah (sumber : DBKL) :
  • binaan kebuk sampah (clear space) 750x750x1200mm(tinggi) atau 2.5'x2.5' x 4' tinggi.
  • Tinggi pintu 1200mm / 4' hadapan dan belakang.
  • Sediakan 1 paip air disebelahnya.
  • 1 floor trap untuk laluan air kotor.
  • Tinggi drop lantai tidak melebihi 100mm / 4"dari aras jalan luar.
  • Kemasan lantai dan dinding dalaman dengan jubin seramic / tiles.


“Dapatkan Idea + Konsep Rekabentuk Rumah Banglo Idaman Anda Secara Online Sekarang Dengan Membuat Tempahan di

Azli Design


Tampak Rumah Banglo 1 Tingkat

Azli Design menawarkan perkhidmatan merekabentuk banglo idaman anda

secara ONLINE kepada :

(a) Pemilik tanah lot banglo persendirian di Bandar.

(b) Pemilik tanah di kampung yang ingin membina rumah.

(c) Pemaju atau Kontraktor yang ingin membuat banglo untuk dijual.

(d) Sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan idea rumah banglo idaman.


" Azli Design merupakan konsultan merekabentuk rumah banglo

secara online yang membantu pemilik rumah mendapatkan idea + konsep terbaik

bagi banglo idaman mereka yang inovasi, praktikal dan mengikut bajet anda".


Banglo yang direkabentuk merupakan IDEA & KONSEP keseluruhan kepada

kediaman impian yang bakal anda bina untuk keluarga tersayang.

Kami menawarkan

3 Pakej Idea Rekabentuk Rumah Idaman

Istimewa Untuk Anda Sekeluarga :

Pakej (A) Rumah Banglo 1 Tingkat.


Rumah Banglo 1 Tingkat

Pakej (B) Rumah Banglo 1 1/2 - 2 Tingkat.


Rumah Banglo 2 Tingkat

Pakej (C) Rumah Banglo 2 1/2 - 3 Tingkat.


Rumah Banglo 3 Tingkat

Tempahan Dibuka Sekarang !!

Cepat Dapatkan Pakej Banglo Idaman Anda!


Tawaran Harga Pakej Istimewa Untuk Anda!

Jom buat tempahan sekarang.

Maklumat Penting Sebelum memulakan Proses Rekabentuk Banglo Anda

Soalan Lazim Berkaitan Idea Rekabentuk Rumah Idaman Secara Online

Cara Hubungi Azli Design (Contact) :

Cara Hubungi Azli Design (Contact) :
Emailkan kepada kami Untuk sebarang pertayaan atau pendapat anda berkaitan rumah idaman.

Untuk Tempahan Pakej A/B/C Dan Cara Bayarannya!!

Untuk Tempahan Pakej A/B/C Dan Cara Bayarannya!!
Pilih pakej rumah banglo idaman anda di sini....

Info : Program Rumah Mesra Rakyat (Banglo Setingkat 3 Bilik keluasan 700-866 kp)

Info : Program Rumah Mesra Rakyat (Banglo Setingkat 3 Bilik keluasan 700-866 kp)
Istimewa untuk anda rakyat Malaysia yang berpendapatan dibawah RM1500 berkahwin/ibu tunggal untuk memiliki rumah banglo idaman yang mempunyai tanah atau tapak sesuai untuk pembinaannya. Klik pada pelan dan perspektifnya untuk maklumat lanjut.